Sunday, January 3, 2010

NEW YEAR, NEW BLOG. NEW STORIES.



          WELCOME 2010.. lupakan segala sengketa pada tahun-2 lepas.. hahaha.. sebenarnya yang buat aku macam excited gila tahun 2010 sebab masuk kelas baru, kawan kelas baru, guru kelas baru.. macam tuh laa, tapi sebenarnya lebih kepada apa akan aku belajar sepanjang tahun 2010 sebab selalu aku tengok banyak cabaran sepanjang berada di tingkatan 4 dan 5.. sebab kita dibahagikan kepada 2 aliran iaitu sains tulen dan sains palsu.. kihkihkih ! maksud aku sastera.. semua tahu kan.. kalau masa tingkatan 1 sampai 3.. takde pembahagian subjek atau aliran sebab semua sama melainkan perbezaan ranking kelas mengikut pencapaian kita. Contohnya aku laa.. tak berapa pandai dan tak berapa tak pandai. So kelas aku ranking tengah-2.. faham kan.. :) hehe..  aku pulak bukannya pelajar yang bijak pandai macam budak-2 sains tulen. Berdasarkan result PMR aku, sastera la aliran yang paling sesuai..


          sembang sana sembang sini.. aku dapat masuk kelas 4CERGAS.. aliran sastera, subjek tambahan geografi, perdagangan dan sains sukan. Guru kelas? Hahh.. ni yang aku nak bagi tahu.. aku tak boleh bla habis-2 masa dapat tahu siapa guru kelas aku.. aduh mak! Lemah jantung bila aku nampak cikgu HAMINUDIN JAWAHIR atau nama famousnya Cikgu Amin (CA). Sebenarnya aku tak berapa kenal CA.. yang aku tahu, beliau adalah antara cikgu-2  garang yang ada dekat SMK KOTA MASAI ni. . telan air liur jugak laa aku bila tengok CA yang pegang list nama kelas 4 CERGAS masa tuh.. mungkin aku cuak masa tuh sebab sebelum-2 ni guru kelas aku cikgu perempuan memanjang.. mungkin laa..  

          Terlintas jugak kat fikiran aku, kenapa CA? Dia kan selalu on field je.. then masa dalam kelas dah, baru laa aku tahu kenapa CA, sebab kitorang satu-2nya kelas yang ambil sains sukan dan CA je guru sains sukan yang ada. Sebelum ni ada jugak kelas-2 yang ambil subjek sains sukan malah ramai. Tapi tahun ni disebabkan ramai pelajar dah berpindah, tinggal kitorang yang ciput ni je. Ape pon bila dah seminggu dua sesi suai kenal dengan guru kelas aku… CA tidak laa seperti yang diwar-2kan oleh kebanyakan pelajar. Yes betol.. CA memang garang, tapi bila dalam kelas time mengajar.. superb ! CA totally difference.. dia baik. Caring dengan student-2 dia.. bukan CA sahaja, cikgu FAHMI ajar subjek sains pun. Luar kelas lain, dalam kelas lain .. ini saje yang aku boleh describe untuk kelas baru aku. Harapan aku.. Semoga perjalanan hidup aku sepanjang tahun ini dipermudahkan oleh-NYA.. amin.

No comments:

Post a Comment