Assalammualaikum ! huhu.. manyak syokk woo.. alhamdullilah
segala yang dirancang berjalan dengan lancar. Aku rasa dah lama jugak kot tak
buat and join jamuan kelas. Last aku rasa masa darjah 6 dulu masa kat SK TAMAN
CENDANA. Itu pun jamuan lepas keputusan UPSR keluar dulu. Masa tingkatan 4 ni
laa baru aku merasa buat jamuan dengan kawan-2 kelas. Jamuan ni kira macam
jamuan akhir tahun jugak laa.. masing-2 bawa menu masing-2. masa tuh menu aku Cuma ayam goreng je . HAHA !
Nampak tak malasnya.. senang! Tinggal goreng je.. tapi kengkawan aku memang
TIPTOP habis ! macam-2 menu diorang bawak..tapi macam biasa laa, sure bukan
dorang yang masak, ofcoz ibunda tercinta masing-2 yang masakkan.. hehehe !
senang citer, masa tuh kenyang tahap gunung kinabalu laa..
Sunday, September 26, 2010
Tuesday, July 27, 2010
Happy Birthday NORAMYLIANA BINTI ROSLAN.. :)
26/7/1994 : lahir seorang insan bernama NORAMYLIANA BINTI
ROSLAN merangkap BEST FRIEND FOREVER (BFF) aku. Walaupun kitorang baru kenal 2
tahun lepas.. tapi 2 tahun tuh yang memberi banyak kenangan suka duka aku
dengan dia. Kenal-2 dulu masa aku baru pindah ke SMK KOTA MASAI , aku sorang-2
je masa tuh, tapi nasib baik ada dia.. hehehe.. dia sentiasa ada dengan aku
sampai laa sekarang ni dah masuk tingkatan 4 nyahh.. ALHAMDULLILAH… Tiap tahun
kitorang dapat kelas yang sama.. hahaha! Kalau kelas dah sama, duduk pun
mestilaa sama-2 kann.. she is the best partner ever !...
Tapi aku teringat
satu benda, walaupun aku kawan dengan dia dah 2 tahun, aku tak pernah bagi dia
apa-2 hadiah masa bufday dia.. padahal dah 2 tahun berlalu..ish3! that me ! aku
memang spesis yang susah nak ingat atau ambil tahu sape-2 punya bufday pun
kecuali family aku kay !. Kalau kawan-2 ke, Sedara-mara ke or sape-2 yang takde
pertalian darah dengan aku, memang tak laa aku nak ingat.. so masa tuh dengan
cari kek last minute, hadiah balut cincai-2.. aku and 2 orang lagi kawan kelas
aku yang paling rapat dengan kitorang sambut bufday amy sama-2.. HAHAHA ! macam aku cakap tadi.. aku tak berminat nak sambut
bufday sesape pon.. tapi, aku buat hanya
untuk satu sebab, sebab.. dia kawan baik aku,. Susah senang aku dia je yang
tahu.. Apepon SELAMAT HARI LAHIR AMY.. Cuma, aku nak kau tahu satu benda nie..
kau kena sedar diri yang kau tu LEBIH TUA DARI AKU.. hehehe ! peace !
Sunday, January 3, 2010
NEW YEAR, NEW BLOG. NEW STORIES.
WELCOME 2010.. lupakan segala sengketa pada tahun-2 lepas..
hahaha.. sebenarnya yang buat aku macam excited gila tahun 2010 sebab masuk
kelas baru, kawan kelas baru, guru kelas baru.. macam tuh laa, tapi sebenarnya
lebih kepada apa akan aku belajar sepanjang tahun 2010 sebab selalu aku tengok
banyak cabaran sepanjang berada di tingkatan 4 dan 5.. sebab kita dibahagikan
kepada 2 aliran iaitu sains tulen dan sains palsu.. kihkihkih ! maksud aku
sastera.. semua tahu kan.. kalau masa tingkatan 1 sampai 3.. takde pembahagian
subjek atau aliran sebab semua sama melainkan perbezaan ranking kelas mengikut
pencapaian kita. Contohnya aku laa.. tak berapa pandai dan tak berapa tak
pandai. So kelas aku ranking tengah-2.. faham kan.. :) hehe.. aku pulak bukannya pelajar yang bijak pandai
macam budak-2 sains tulen. Berdasarkan result PMR aku, sastera la aliran yang
paling sesuai..
Subscribe to:
Posts (Atom)