Monday, April 14, 2014

SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/2013 : PAHITNYA UNTUK DITELAN


Arrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh !  :’(

Kalau laa tulisan mampu berbicara, aku rasa baru semua orang faham betapa GERAM, MARAH dan SEDIHnya hati aku. Tapi apa aku boleh buat ? NOTHING ! benda dah jadi.. nak tanak aku kena terima..


“19/03/2014 RABU.. tarikh yang memang paling aku tunggu-tunggu sebab itu merupakan tarikh keputusan penuh STPM MODULAR 2012/2013 keluar. Aku agak teruja jugak sebab keputusan penuh tu diperlukan untuk isi UPU. Berdasarkan keputusan penggal-penggal  yang lepas, aku memang target lulus stpm . So, aku tak fikir apa-apa. Bila hari tu tiba, aku dengan penuh gembira mengadap depan laptop dan bukak laman web MPM untuk semak keputusan aku.. firstly aku tengok ialah gred semua subjek, nama kertas yang atas sekali ialah PENGAJIAN AM, hanya syukur yang mampu aku luahkan bila aku tengok gred aku lebih baik dari yang aku jangkakan.. then second subjek sejarah, hanya perkataan X yang ada, takde gred atau pointer untuk subjek tu, lepas tu GEOGRAFI dan PENGAJIAN PERNIAGAAN, ALHAMDULLILAH aku lulus..  Masa tu aku belum dapat tangkap apa-apa lagi sebab kat kepala aku, aku ‘dah’ lulus STPM sebab PA aku lulus ! tuh je! Pasal gred paper sejarah X pulak memang salah aku sebab tak hadir exam masa penggal 1 dulu. Tapi seriously aku agak terkejut jugak sebab dia totally gagalkan subjek sejarah untuk semua penggal. Ok itu aku terima lagi.. then aku pandang dekat jumlah pointer aku semuanya.. tertulis dekat situ, 0.00… aku dah mula pelik dan aku rasa macam something wrong somewhere.. Okay takpe mungkin typing error.. So aku decide nak tengok kawan aku punya result, aku adalah save beberapa nombor ic kawan kelas aku then aku bukak dorang punya..  dorang punya ada pointer !!!.. then aku bukak balik aku punya…  entah kenapa, tiba-tiba hati aku berdebar sangat-sangat ! aku tenung result aku dan tanpa aku sedari air mata aku menitis…. Tanpa kata-kata, hanya air mata yang mampu aku keluarkan. Ya ALLAH !... masa tuh macam-macam soalan bermain dalam fikiran aku !!! macam-macam suara aku dengar ! kat otak aku masa tuh cuma muncul muka  cikgu-cikgu aku ! aku rasa marah sangat sangat pada mereka semua ! betul ke  apa yang aku fikirkan sekarang ni??? Aku GAGAL STPM !! hancurnya hati aku masa tuh hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku rasa macam nak bangun then pergi sekolah aku tu then aku rasa nak BAKORRRRRR je ! huh ! betapa geramnya aku sebenarrrnyaaa tahu !!!!!!! 

kenapa cikgu tak bagi tahu aku yang nama aku dah BLACK LIST a.k.a DISENARAIHITAMKAN (aku TETAP GAGAL kalau dapat semua A+++ dalam semua subjek sekali pon !) sebab tak datang exam penggal 1 dulu, at least kalau aku tahu, aku takkan teruskan tingkatan 6 ni. Hampir setahun kot aku bazirkan masa aku semata-mata untuk rasa kecewa yang tak terkata ni. Bayar yuran, beli buku nota, latihan, buat pbs macam nak mampos, tak tidur malam ! aku rasa macam dibodoh-bodoh kan ! aku tak kisah duit habis untuk pelajaran.. tapi bila dah jadi macam ni! Penyakit mengungkit aku mula laa muncul.. tak kira lagi aku stay back kat sekolah untuk study … tak faham apa cikgu ajar aku cuba untuk fahamkan ! aku kena marah, kena tengking dengan cikgu depan pelajar dan cikgu kelas lain sebab salah buat pbs aku still terima.. aku buat balik, sikit pun aku tak ambil hati ! tapi sampai hati cikgu buat aku macam ni… mungkin pada orang lain, aku yang bersalah sebab memang aku sendiri yang bermasalah.. tapi pernah orang faham ? aku tak pernah minta masalah datang pada aku… dan telah ditakdirkan masa tuh macam-macam dugaan menimpa aku ! macam mana aku nak hadap semua tu!!!!! Ada orang cakap aku aku yang cuai, sepatutnya aku kena tahu risiko ambil stpm ni ! t******** dia !!! okay  fine kalau aku yang careless sebab tak tahu pasal nama aku dah black list, tapi cikgu kan seharusnya lebih tahu! Ni takde seorang cikgu pon yang mentions pasal benda nie! Seriuzzz aku terkilan gila ! aku punya laa belajar, duduk dalam kelas, mendengar setiap perkara yang disampaikan tapi… semuanya SIA-SIA …..  HANCUSSS ! “


Aku tahu bukan aku seorang yang ada masalah dalam dunia ni.. tapi entah kenapa, lepas aku tamat SPM kemudian berpindah ke kampung halaman.. semuanya kucar-kacir ..family problem.  Pelajaran aku entah kemana, selalu sangat tak hadir sekolah, kesihatan aku selalu tak menentu, kejap demam kejap baik.. aku pulak perahsia orangnya.. apapun masalah aku, aku takkan share. Kalau ada sekali pun aku share dengan kawan-kawan aku je, tu pun perkara-perkara biasa.. lepas puas berfikir… HATI ini menyatakan memang aku yang salah.. tapi, fikiran aku kata, aku betul… hahaha.. ya ! aku salah… aku salah sebab salahkan orang lain atas kesilapan yang aku buat.. cikgu pulak tu yang aku salahkan.. jahatnyaa aku ! padahal cikgu laa insan yang banyak berkongsi ilmu dengan aku.. apa aku boleh cakap, segala yang tertaip diatas adalah luahan ketidakpuashatian aku lepas tengok result masa tu..Cuma tak update. memula memang aku nak padam entry ni.. tapi bila fikir-fikir balik.. tak payah laa, dah taip pepanjang, pas tu nak delete pulak.. rugi laa aku. hahaha ! lagi pun.. akan datang nanti mesti aku nak baca balik dan terketawa sendiri bila kenang kisah lalu..betul kata orang.. bila tengah marah, kita tak sedar apa yang kita cakap, apa yang kita buat.. bila fikir balik (pasal aku nak bakar sekolah).. kelakar jugak, aku boleh terfikir macam tu  .. haishh ! selisih ! minta jauh laaa ! kata-kata dorongan dari keluarga dan kawan-kawan , sekarang aku sedar.. ini jalan yang ALLAH dah tetapkan untuk aku.. jatuh sekali bukan bermakna jatuh selama-lamanya.. tugas aku, BANGKIT, BANGKIT, dan terus BANGKIT !!!! ini akan menjadi pengalaman yang paling bermakna kerana ia mengajar aku erti kesusahan dan pentingnya untuk tabah dalam hidup.. insyaALLAH… DIA dah tetapkan sesuatu yang lebih baik untuk aku..