berhabuk blog ni. sekian lamanyaa abaikan dia. haha! hmm.. last update pasal stpm laa pon. sejak tu dah takde dah buka acc blog ni. rasa macam dah lama.. tapi sebenarnya baru 6 bulan macam tu tak bukak..
Alhamdullilah.. now tak sampai sebulan lagi aku akan habis semester 1 kat Uitm ni. hehehe.. tak sabar rasanyaa nak habis.. tapi yang sakitnyaa.. dah nak saat2 akhir ni laa berlambak QUIZ and TEST before FINAL EXAM !! uhh .. serious stress gila... apepon. aku akan cuba yang terbaik. Insya ALLAH..
Saturday, September 6, 2014
Kerajinan Menjelma. WELCOME back idayu !
Monday, April 14, 2014
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA 2012/2013 : PAHITNYA UNTUK DITELAN
Arrrggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! :’(
Kalau laa tulisan mampu berbicara, aku rasa baru semua orang
faham betapa GERAM, MARAH dan SEDIHnya hati aku. Tapi apa aku boleh buat ?
NOTHING ! benda dah jadi.. nak tanak aku kena terima..
“19/03/2014 RABU.. tarikh yang memang paling aku
tunggu-tunggu sebab itu merupakan tarikh keputusan penuh STPM MODULAR 2012/2013
keluar. Aku agak teruja jugak sebab keputusan penuh tu diperlukan untuk isi
UPU. Berdasarkan keputusan penggal-penggal yang lepas, aku memang target lulus stpm . So,
aku tak fikir apa-apa. Bila hari tu tiba, aku dengan penuh gembira mengadap
depan laptop dan bukak laman web MPM untuk semak keputusan aku.. firstly aku
tengok ialah gred semua subjek, nama kertas yang atas sekali ialah PENGAJIAN
AM, hanya syukur yang mampu aku luahkan bila aku tengok gred aku lebih baik
dari yang aku jangkakan.. then second subjek sejarah, hanya perkataan X yang
ada, takde gred atau pointer untuk subjek tu, lepas tu GEOGRAFI dan PENGAJIAN
PERNIAGAAN, ALHAMDULLILAH aku lulus..
Masa tu aku belum dapat tangkap apa-apa lagi sebab kat kepala aku, aku
‘dah’ lulus STPM sebab PA aku lulus ! tuh je! Pasal gred paper sejarah X pulak
memang salah aku sebab tak hadir exam masa penggal 1 dulu. Tapi seriously aku
agak terkejut jugak sebab dia totally gagalkan subjek sejarah untuk semua
penggal. Ok itu aku terima lagi.. then aku pandang dekat jumlah pointer aku
semuanya.. tertulis dekat situ, 0.00… aku dah mula pelik dan aku rasa macam
something wrong somewhere.. Okay takpe mungkin typing error.. So aku decide nak
tengok kawan aku punya result, aku adalah save beberapa nombor ic kawan kelas
aku then aku bukak dorang punya.. dorang
punya ada pointer !!!.. then aku bukak balik aku punya… entah kenapa, tiba-tiba hati aku berdebar
sangat-sangat ! aku tenung result aku dan tanpa aku sedari air mata aku
menitis…. Tanpa kata-kata, hanya air mata yang mampu aku keluarkan. Ya ALLAH
!... masa tuh macam-macam soalan bermain dalam fikiran aku !!! macam-macam
suara aku dengar ! kat otak aku masa tuh cuma muncul muka cikgu-cikgu aku ! aku rasa marah sangat
sangat pada mereka semua ! betul ke apa
yang aku fikirkan sekarang ni??? Aku GAGAL STPM !! hancurnya hati aku masa tuh
hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku rasa macam nak bangun then pergi sekolah aku
tu then aku rasa nak BAKORRRRRR je ! huh ! betapa geramnya aku sebenarrrnyaaa
tahu !!!!!!!
kenapa cikgu tak bagi tahu aku yang nama aku dah BLACK LIST
a.k.a DISENARAIHITAMKAN (aku TETAP GAGAL kalau dapat semua A+++ dalam semua
subjek sekali pon !) sebab tak datang exam penggal 1 dulu, at least kalau aku
tahu, aku takkan teruskan tingkatan 6 ni. Hampir setahun kot aku bazirkan masa
aku semata-mata untuk rasa kecewa yang tak terkata ni. Bayar yuran, beli buku
nota, latihan, buat pbs macam nak mampos, tak tidur malam ! aku rasa macam
dibodoh-bodoh kan ! aku tak kisah duit habis untuk pelajaran.. tapi bila dah
jadi macam ni! Penyakit mengungkit aku mula laa muncul.. tak kira lagi aku stay
back kat sekolah untuk study … tak faham apa cikgu ajar aku cuba untuk fahamkan
! aku kena marah, kena tengking dengan cikgu depan pelajar dan cikgu kelas lain
sebab salah buat pbs aku still terima.. aku buat balik, sikit pun aku tak ambil
hati ! tapi sampai hati cikgu buat aku macam ni… mungkin pada orang lain, aku
yang bersalah sebab memang aku sendiri yang bermasalah.. tapi pernah orang
faham ? aku tak pernah minta masalah datang pada aku… dan telah ditakdirkan
masa tuh macam-macam dugaan menimpa aku ! macam mana aku nak hadap semua
tu!!!!! Ada orang cakap aku aku yang cuai, sepatutnya aku kena tahu risiko
ambil stpm ni ! t******** dia !!! okay fine kalau aku yang careless sebab tak tahu
pasal nama aku dah black list, tapi cikgu kan seharusnya lebih tahu! Ni takde
seorang cikgu pon yang mentions pasal benda nie! Seriuzzz aku terkilan gila !
aku punya laa belajar, duduk dalam kelas, mendengar setiap perkara yang
disampaikan tapi… semuanya SIA-SIA …..
HANCUSSS ! “
Aku tahu bukan aku seorang yang ada masalah dalam dunia ni..
tapi entah kenapa, lepas aku tamat SPM kemudian berpindah ke kampung halaman..
semuanya kucar-kacir ..family problem.
Pelajaran aku entah kemana, selalu sangat tak hadir sekolah, kesihatan
aku selalu tak menentu, kejap demam kejap baik.. aku pulak perahsia orangnya..
apapun masalah aku, aku takkan share. Kalau ada sekali pun aku share dengan
kawan-kawan aku je, tu pun perkara-perkara biasa.. lepas puas berfikir… HATI
ini menyatakan memang aku yang salah.. tapi, fikiran aku kata, aku betul…
hahaha.. ya ! aku salah… aku salah sebab salahkan orang lain atas kesilapan
yang aku buat.. cikgu pulak tu yang aku salahkan.. jahatnyaa aku ! padahal
cikgu laa insan yang banyak berkongsi ilmu dengan aku.. apa aku boleh cakap,
segala yang tertaip diatas adalah luahan ketidakpuashatian aku lepas tengok
result masa tu..Cuma tak update. memula memang aku nak padam entry ni.. tapi bila fikir-fikir balik.. tak payah laa, dah taip pepanjang, pas tu nak delete pulak.. rugi laa aku. hahaha ! lagi pun.. akan datang nanti mesti aku nak baca balik dan terketawa sendiri bila kenang kisah lalu..betul kata orang.. bila tengah marah,
kita tak sedar apa yang kita cakap, apa yang kita buat.. bila fikir balik
(pasal aku nak bakar sekolah).. kelakar jugak, aku boleh terfikir macam tu .. haishh ! selisih ! minta jauh laaa !
kata-kata dorongan dari keluarga dan kawan-kawan , sekarang aku sedar.. ini
jalan yang ALLAH dah tetapkan untuk aku.. jatuh sekali bukan bermakna jatuh
selama-lamanya.. tugas aku, BANGKIT, BANGKIT, dan terus BANGKIT !!!! ini akan
menjadi pengalaman yang paling bermakna kerana ia mengajar aku erti kesusahan
dan pentingnya untuk tabah dalam hidup.. insyaALLAH… DIA dah tetapkan sesuatu
yang lebih baik untuk aku..
Sunday, March 16, 2014
RESULT PENUH STPM 2013 BAKAL DIUMUM TAK LAMA LAGI !!!
Assalamualaikum..
Tinggal beberapa hari lagi result penuh stpm 2013 akan diumumkan.. tapi
entah nape, aku langsung tak berdebar ke, takut ke, seram ke.. tak langsung !
padahal sebelum-2 nie time2 dah dekat result nak kuar aku laa antara yang
paling takut kut ! tapi tak apalah.. mungkin dah lali kot dengan 'benda-2'
result ni, Sebab tuh macam takde feeling nak tengok result. HOHO ! Apepon aku
akan doakan seluruh pelajar yang bakal amik result stpm 2013 nanti lulus dengan
cemerlangnyaa.. Aminnn..
Subscribe to:
Posts (Atom)